Bagaimana Anda Boleh Bermula?

Yup soalan yang bagus untuk kita memulakan perjalan Perniagaan ini. Disini saya nak berkongsi dengan anda massage yang hendak disampaikan oleh Senior Upline saya ataupun pengasas laman Web Revell Cybershop2u En Ramdhan Ismail berikut petikan kata kata beliau:-

Apa khabar anda hari ini, saya senior upline anda, Ramdhan Ismail . Saya ingin berkongsikan bagaimana kita boleh mengubah kehidupan kita, membina masa depan kita dari ZERO 2 HERO…sebelum itu, kita analisa balik bagaimanakah kehidupan kebanyakkan orang pada masa sekarang… termasuklah kehidupan saya pada 2 tahun yang lepas sebelum menyertai REVELL…

Kita ambil purata pendapatan penduduk di kuala Lumpur..agak-agaknya berapakah pendapatan bulanan mereka… daripada analisa bancian, pendapat purata isi rumah di kuala lumpur ialah RM2500 sekeluarga…pada analisa bancian, mereka-mereka ini ialah golongan sederhana… tapi hakikatnya….mari kita bincangkan..

Perbelanjaan

Kos Bulanan

Rumah

RM 500

Belanja Dapur

RM 500

Bil Air Api Astro Etc

RM 200

Kereta

RM 500

Sekolah Anak

RM 200

Ansuran Barangan

RM150

Riadah Mingguan

RM 200

Minyak Kereta

RM 200

Belanja Harian

RM 500

Jumlah

RM 2950

Bagaimana agaknya…. Pendapatan yang diperolehi hanya RM2500..tapi belanja bulanan RM 2950.. mana datangnya RM450 lagi… ..inilah puncanya ramai orang memohon kredit kad untuk tampung semua ni… tapi sebenarnya…gali lubang tutup lubang…dapat gaji bayar hutang…. Itu tak termasuk lagi belanja-belanja yang tidak nampak dan …nak bagi kepada ibu bapa yang menyara kita dari kecik hingga besar…tak perlulah saya beritahu apa tanggungjawab kita kpd ibu bapa kita kan..semua boleh fikir sendiri …

Pada zaman dahulu, gaji RM2500 ini gaji seorang menteri dan tentunya sudah mewah…tapi di zaman sekarang…TAK CUKUP MAKAN…inilah hakikatnya kehidupan rata-rata orang….golongan ini memang mengamalkan catuan dalam kehidupan mereka…tetapi catuan tersebut lama kelamaan memakan diri sendiri…apa taknya…catu pun masih tak cukup….aply kad kredit itulah, inilah …loan itulah inilah..termasuklah aply loan dari A.L.O.N.G…. kita janganlah begitu kan…kita masih ada cara lain kan…

Anda rasa..lah…kalau 5 tahun ke hadapan, sekiranya mereka-mereka ini masih berada dalam kehidupan yang sama..ada tak berlaku perubahan dalam kehidupan mereka atau kehidupan anda sendiri.. saya pasti kehidupan akan berterusan di catu dan bertambah lebih teruk lagi… setuju..?

Bagaimana kita boleh mengubah kehidupan kita itu..? Bagaimana anda boleh mendapatkan pendapatan tambahan mahupun pendapatan utama? Saya pasti RM500 sebulan sudah banyak membantu anda menyelesaikan masalah…tetapi saya juga pasti…bukan setakat RM500… malah RM50,000 sekalipun anda boleh dapatkannya..!

Ya.. ada cara untuk semua itu sebenarnya..dan anda sudah pun berada di landasan tersebut…Cuma bergerak perlahan atau langsung tidak bergerak…apa kata kita fikir fikirkan… saya hanya berkongsi PELUANG yang semua orang mampu rebut dan lakukan…

Landasan yang saya katakan ialah perniagaan REVELL yang anda sudah sertai, tahukah anda…dengan perniagaan MLM-REVELL anda boleh mengubah kehidupan anda…seperti saya..saya yakin dan sudah jadikan REVELL sebagai kareer saya untuk seumur hidup…memang bahagia, memang bebas dan memang berbaloi…saya rasa seronok membantu ramai orang mendapat pendapatan tambahan dan dapat menyelesaikan banyak masalah mereka…

Masa depan anda di REVELL hanya ada dua iaitu kejayaan atau kegagalan. Jika anda PERCAYA anda boleh berjaya di REVELL, pasti anda akan berjaya kerana kepercayaan anda akan mengaturkan apa yang anda perlu lakukan… begitu juga kalau anda TIDAK PERCAYA…belum pun anda lakukan apa2, anda sudahpun GAGAL.. sudah tentu anda ingin BERJAYA…setuju.?

Robohkanlah tembok “TIDAK PERCAYA” dalam diri anda dan anda akan terus mendapat ‘hasil’ nya….anda perlu mencabar diri anda sendiri…ANDA BOLEH BERJAYA….!

Bagaimana anda boleh berjaya..? Pasti ada caranya……sebelum itu… saya ingin ajak anda berfikir…buat MLM-REVELL bukanlah untuk cepat kaya… sebab..

Walaupun sudah berkali-kali orang menyebut “Tidak ada jalan singkat untuk cepat kaya”.. namun masih ramai yang mencari-cari jalan untuk menjadi kaya dengan cepat. Ada juga yang menganggap MLM adalah jalan untuk cepat kaya. Ini ialah halangan yang besar kerana boleh menyebabkan kekecewaan bila mendapati MLM bukanlah jalan untuk cepat kaya…” ..

Benar, ramai yang mengatakan “ Jika mahu kaya, berniagalah..”.. Tetapi tidak ada orang yang menyebut..”Jika mahu cepat kaya…berniagalah”. Perniagaan MLM adalah perniagaan yang boleh mendatangkan kekayaan tetapi tidak dalam masa yang singkat.

Seperti perniagaan lain, membina kejayaan perniagaan MLM adalah seperti membina bangunan. Di mulakan dengan asas yang kukuh kemudian mula membina setingkat demi setingkat. ASAS YANG KUKUH ITU IALAH DIRI ANDA SENDIRI (Sikap dan Cara Berfikir). Pelan pemasaran di dalam MLM memang telah di reka sebegitu, iaitu anda berjaya setingkat demi setingkat, bukan sekali gus. Anda juga JANGAN SESEKALI BERFIKIR MELAKUKAN PERNIAGAAN MLM HANYALAH UNTUK MEMPERKAYAKAN UPLINE….sebab apabila anda menjadi seorang upline setelah melakukan penajaan…sudah tentu anda tidak mahu downline anda berfikir begitu.. fahamilah..MLM bukan system pyramid…dengan MLM sesiapa yang berusaha lebih maka akan dapat hasil lebih dan di REVELL anda boleh potong pencapaian dan pangkat upline sekiranya anda mahu.. saya sendiri sudah memotong pencapaian dan bonus upline saya…membuktikan REVELL adalah ADIL dan SAKSAMA.

Bagaimana asas untuk anda berjaya di REVELL, mari saya ceritakan satu persatu…

Mula-mula anda mendaftar kemudiannya menjadi pengguna produk yang setia…INI MEMANG PENTING kerana ianya asas yang pertama (MENGGUNA) yang perlu anda lakukan.. KALAU ANDA GAGAL LAKUKANNYA…ANDA SUDAHPUN MERUNTUHKAN PELUANG KEJAYAAN ANDA…jangan salahkan sesiapa… kerana ianya semua bergantung kepada anda…tidak ada orang yang akan lakukan asas tersebut untuk anda..Setuju..?

Saya yakin anda ialah PENGGUNA PRODUK YANG SETIA serta memperolehi diskaun yang menjimatkan. ANDA PERLU LAKUKAN ASAS INI SETIAP BULAN….  Jika begitu, anda sudahpun mula berniaga dengan diri anda sendiri..SYABAS! . Selepas itu anda perkenalkan produk (Ceritakan kebaikan produk) kepada kenalan anda dengan apa cara sekalipun (Berjumpa, Tel, SMS, Email , Website dan sebagainya). Ianya sama seperti anda menonton wayang di pawagam dan kembalinya anda kerumah, anda menceritakan seronoknya menonton wayang tersebut kepada keluarga dan kenalan (Anda bukannya nak promote bagi pihak pawagam tu kan..)…tapi  secara tak langsung anda sudah mempromosikan wayang tersebut TANPA SEBARANG UPAH…begitulah juga…sekiranya anda sudah menggunakan produk ..anda sudah tahu manfaat produk tersebut dan bercerita dan berkongsilah dengan keluarga dan kenalan anda tentang kebaikan produk yang anda guna…TANPA SEBARANG UPAH.. tetapi setelah keluarga dan kenalan anda menggunakan produk yang anda ceritakan…anda akan mendapat imbuhannya….iaitu BONUS yang diberikan oleh syarikat REVELL… tapi sekiranya keluarga dan kenalan anda pergi menonton wayang….pihak pawagam tidak memberi sebarang imbuhan kepada anda.. setuju..?

OK…sekiranya begitu yang anda sudah lakukan..SYABAS!!! anda sudah melangkah kepada asas kedua..iaitu (MENJUAL) …tahukah anda,..anda sudah pun menjual produk kepada diri anda sendiri dan setelah melakukan perkongsian manfaat produk kepada keluarga dan kenalan anda…anda juga sebenarnya telah melakukan jualan. Senangkan..?

Setelah mereka berminat dengan barangan, sudah tentu senang anda menarik mereka menyertai REVELL. Bagaimana untuk menarik mereka, sudah tentu menggunakan PLAN PEMASARAN REVELL. Banyak cara lagi untuk anda perkenalkan manfaat keahlian REVELL seperti Berjumpa, Tel, SMS, Email , Website dan sebagainya. Ceritakan kepada mereka manfaat keahlian, potensi pendapatan dan sebagainya. Sekiranya anda ingin mendapatkan dokumentasi PLAN PEMASARAN REVELL, sila reply surat saya atau hubungi saya dengan sertakan alamat anda. Saya bersedia menghantar CD DEMO, DOKUMENTASI PLAN PEMASARAN  dengan percuma kepada anda…

Di samping itu, REVELL juga mempunyai alatan bantuan jualan dan penajaan yang lengkap seperti flipchart, CD DEMO, Katalog, Showcase Produk, buku testimony produk dan sebagainya. Sekiranya anda perlukan alatan bantuan ini, boleh hubungi saya untuk mendapatkannya….

Jika anda sudah melakukan asas ketiga ini (MENAJA), Syabas saya ucapkan…tetapi tugas kita belum selesai selepas sahaja kita menaja seseorang. Kita tidak boleh membiarkan tajaan kita terkontang kanting tanpa arah tuju dan panduan  yang betul. Tajaan kita adalah tanggung jawab kita…sesuai dengan asas ke-4, iaitu MEMBINA. Begitulah seterusnya, seorang demi seorang di perkenalkan kepada produk dan perniagaan REVELL, setingkat demi setingkat anda membina perniagaan REVELL hingga anda berjaya membina kumpulan yang kukuh Lebih tepat lagi, anda telah menjadi kontraktor binaan yang bebas menentukan sendiri besar dan ketinggian bangunan anda, tanpa memerlukan kelulusan dari mana-mana pihak.

Asas yang ke-4, kita perlu MEMBINA mereka supaya melakukan asas pertama, seperti yang kita lakukan selepas mendaftar sebagai ahli REVELL…kita perlu pastikan mereka menjadi PENGGUNA SETIA..dan seterusnya melakukan asas ke2, dan ke -3 dan ke-4 seperti yang anda lakukan… Sudah menjadi lumrah, sesuatu yang kukuh itu di lakukan sedikit demi sedikit, tidak sekaligus.

Asas yang terakhir, ialah MESYUARAT…ha… bunyi yang ini nampak macam susah sedikit..memang pun..ramai yang tak lulus asas ini… BERTENANG… mesyuarat dalam MLM bukanlah mesyuarat yang kena bentangkan masalah syarikat dan kena maki hamun… erti kata mesyuarat dalam MLM ialah berjumpa dengan downline, upline dan berkongsi bagaimana menjalankan perniagaan REVELL, berkongsi pengalaman mengguna produk, berkongsi teknik kejayaan, berkongsi pengalaman kejayaan dan sebagainya yang amat menyeronokkan…ianya juga tidak semestinya formal, di rumah boleh atau di mana-mana sahaja…asalkan ianya adalah perjumpaan…J

Asas ke-5 ini anda perlu lulus, anda mesti menghadiri majlis ilmu, seminar pengedar dan sebagainya untuk mencari ilmu… asas ini juga perlu anda lakukan serentak bersama-sama asas- asas yang lain kerana asas ke-5 ini ialah seperti ‘rantai’ yang menyambungkan asas-asas yang lain, ianya memang saling berkait rapat…JANGAN GELABAH…saya tidak suruh anda sertai majlis ilmu yang jauh-jauh, carilah yang terdekat dengan anda dan sertailah.. anda akan mendapat hasil yang berganda!

Dalam perniagaan MLM, kumpulan yang kukuh ialah kumpulan di mana ahli-ahlinya selalu menyertai majlis ilmu, perjumpaan dan sebagainya….maka sekiranya anda ingin menjadi seorang yang berjaya dalam perniagaan REVELL, anda perlu melakukan asas ke-5 ini dengan cemerlang sekali..

Maka sekiranya anda sudah melakukan 5 perkara asas (MENGGUNA, MENJUAL, MENAJA, MEMBINA, MESYUARAT) ini…sudah tentu anda nampak dengan jelas kemanakah hala tuju anda…untuk itu saya juga sertakan CHECKLIST untuk anda isi bagi diri sendiri bersama-sama dengan surat ini.

Saya sebenarnya sudah BERSEDIA untuk membimbing anda..saya sudah hulurkan tangan kepada anda, tinggal anda yang belum menyambut tangan saya..Saya memang menunggu-nunggu anda yang ingin berjaya dalam REVELL untuk saya bimbing….mahukah anda..?

KESABARAN.. ianya adalah satu perkara yang semestinya penting dalam dunia perniagaan MLM. Sudah menjadi adat manusia biasa iaitu mahukan sesuatu yang banyak dalam masa secepat mungkin, kalau boleh dengan senang tanpa susah payah.

Membina perniagaan MLM mestilah berbekalkan kesabaran dan ketabahan, Sabar dengan proses membina perniagaan MLM yang memakan masa dan tabah dengan segala bentuk kesusahan sebelum memperolehi kesenangan. Rasulullah SAW pernah bersabda “Kamu akan memperolehi kemenangan selagi kamu bersabar”. Kerana itu jangan sesekali bermimpi untuk berjaya dalam MLM atau apa jua bidang jika tidak sabar, tidak sanggup menanggung susah payah terlebih dahulu. Jika anda melihat di sekeliling anda, hanya orang yang sabar sahaja yang berjaya membina perniagaan.

Ianya terbukti apabila kesabaran yang di lakukan oleh downline-downline saya yang sudah setia selama 1 tahun lebih dengan REVELL, mengamalkan 5 asas utama, usaha mereka sudah membuahkan hasil…mereka juga dahulunya seperti anda, mereka cuma mengikuti 5 asas itu untuk berjaya. Mereka sekarang menikmati pendapatan tambahan 4 angka, mendapat kereta percuma dari REVELL dan berbagai manfaat lain…Saya yakin anda juga boleh lakukannya.. SETUJU?…tidak ada alasan TIDAK BOLEH lagi…sekiranya mereka boleh…anda juga BOLEH….! JANGAN TIPU DIRI SENDIRI…JANGAN BAGI ALASAN REMEH !  PASTI ANDA BERJAYA! KALAU TAKUT DENGAN CABARAN, KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG!

ANDA SEBENARNYA BOLEH… ANDA SUDAH PUN BERADA DI LANDASAN YANG BETUL..ANDA SUDAH PUNYAI IMPIAN… CUMA ANDA PERLU BERTINDAK……

Bantulah saya untuk membantu diri anda.

Hubungi upline anda Murtaza Osman di 0193649613 email tazamfn@gmail.com dan saya di

Group Director – Ramdhan Ismail – 0192533517

 Email : founder@cybershop2u.net

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s